PAKAIAN & TEKNOLOGI

Antara pakaian yang dijual di butik

Antara teknologi yang digunakan untuk membuat pakaian

Pengurusan alatan dan jahitan
Terdapat 5 aspek yang mempengaruhi pegurusan alatan dan jahitan pada masa kini iaitu pengaruh teknologi, masa dan tenaga, perbelanjaan, kualiti hidup dan keselamatan.

Proses Menjahit
Proses menjahit ialah beberapa langkah yang digunakan untuk menjahit pakaian. Proses menjahit yang akan dipelajari di sini ialah:

1) Penghilangan gelembung
Penghilangan gelembung ialah satu proses pengecilan di sebahagian pakaian dan artikel untuk memberikan
bentuk serta keselesaan. Semua pakaian memerlukan penghilangan gelembung, tetapi pakaian masih
dapat dipakai dengan selesa. Contoh, baju kedah, baju kurung teluk belanga, dan sarung batik.

1.1 Lisu pemadan
Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian
dan memberi keselesaan. Ciri lisu pemadan ialah bentuknya runcing, lisu tidak bergulung, lisu ditekan
rata, hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus, tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian
pada hujung yang tirus dan tidak ada alur di sebelah luar.
1.2 Kedut Lepas
Sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Biasanya digunakan sebagai hiasan.
Sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus
fabrik. Ciri-ciri kedut lepas ialah kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya, lipatan kedut sama halus
pada keseluruhannya, mengikut ira lurus, dan fabrik tergantung dengan elok.

2) Kelim
Sejenis proses jahitan yang menyambungkan 2 keping fabrik bagi mendapatkan bentik pakaian atau artikel.

2.1 Kelim belah kangkung
Cantuman 2 keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Mudah dibuat dan sesuai untuk
jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Ciri kelim belah kangkung ialah lebar kedua-dua basi kelim sama, kelim
rata dan terbuka, mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar, dan tidak beralur di sebelah luar.
2.2 Kelim Betawi
Mempunyai 2 baris jahitan, sesuai digunakan pada fabrik nipis kerana kelim ini kukuh. Ciri kelim betawi
ialah lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya, kelim tidak beralur di jahitan
pertama, basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar, kelim tidak bergulung, dan kedua-dua baris jahitan
tidak kelihatan di sebelah luar.

3) Belah
Satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang di pakai dan ditanggalkan. Boleh dibuat di garis
leher, pinggang, lengan, dan di rusuk mengikut fesyen pakaian.

3.1 Belah slit berlapik
Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan. Ciri belah slit
berlapik ialah garis belah rata, pangkal belah kukuh dan tidak berkedut, lapik atau fabrik pakaian tidak
kelihatan dari sebelah luar dan tidak ada alur di cantuman.
3.2 Belah Berzip
Zip berfungsi sabagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dipasang pada kelim belah
kangkung dan belah slit berlapik. Ciri belah berzip ialah kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang,
lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran 7 mm hingga 10 mm, gigi zip tidak kelihatan di sebelah
luar pakaian apabila zip dikancingkan, jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya, kelim
tidak berkedut dan mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

Belah pada baju kebaya


belah pada leher baju kurung

Belah berzip pada seluar jeans

4) Penyudah tepi
Satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel. Tujuan penyudah tepi adalah untuk
mengukuh, mengemas dan menghias.

4.1 Proses menyediakan kelepet berganda (untuk fabrik nipis)
4.2 Proses menyediakan kelepet lurus untuk fabrik sederhana)
4.3 Proses menyediakan kelepet berbentuk
4.4 Lapik berbentuk
Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam.
4.5 Kun
Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel, boleh juga dijadikan sebagai hiasan.

5) Lengan
Merupakan sebahagian daripada baju tetapi terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut
fesyen.

5.1 Jenis lengan
– Lengan padanan rata

– Lengan gelembung
– Lengan bishop

– Lengan raglan
– Lengan magyar

– Lengan kimono
5.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan lengan dan penggunaan lengan
– Fungsi lengan itu pada baju
– Jenis fabrik yang digunakan
– Fesyen pakain
5.3 Lengan padanan rata
Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang
lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau
kun. Ciri lengan padanan rata ialah garis tengah lengan bertemu di garis bahu, kelim lengan bertemu di
kelim rusuk baju, lengan yang baik tergantung dengan elok, basi kelim lubang lengan dikemaskan dan
cantuman lengan tidak berkedut.

6) Kancing
Alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai.
Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel.

6.1 Butang katup
Kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan dengan cangkuk dan palang. Saiz dagangan
butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling besar ialah ’04’, dengan berbagai-bagai warna.
Butang katup terdiri daripada 2 bahagian iaitu soket dan conet.
6.2 Cangkuk dan palang
Sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang. Apabila
menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya kemas dan kukuh,
serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

kancing yg digunakan pada pakaian

7) Kolar
Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.

7.1 Jenis kolar
– Kolar rata : Kolar peter pan dan kolar kelasi
– Kolar gulung : Kolar lurus, kolar kemeja, kolar selendang, dan kolar simpul hias
– Kolar tegak : Kolar mandarin dan kolar cekak musang
7.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan kolar
– Fungsi kolar pada pakaian
– Fesyen pakaian
– Jenis fabrik

8 Kocek tampal
Dibuat daripada kepingan fabrik yang dijahit pada bahagian luar pakaian. Kocek tampal digunakan untuk
menyimpan barang, sebagai hiasan, dan menutup bahagian pakain yang rosak.

9) Ikatan pinggang
Satu penyudah tepi untuk skirt, sarung, slek, culotte, dan seluar pendek. Ikatan pinggang dibuat
menggunakan 2 lapisan fabrik dan boleh menggunakan lapik dalam untuk membuatnya lebih kemas dan
keras. kancing yang sesuai untuk ikatan pinggang ialah cangkuk dan palang, cangkuk dan rumah, cangkuk
dan mata, lubang butang dan butang dan velkro. Terdapat 3 jenis ikatan punggang iaitu lurus, melengkung
dan berbentuk.